Sasbadi telah menerbitkan bahan dan kandungan pembelajaran yang mantap sejak tahun 1985. Kami telah berada di samping jutaan individu sepanjang perjalanan mereka di institusi pendidikan. Hari ini individu-individu tersebut menyumbangkan idea dan keringat mereka untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan negara. Buku dan bahan pembelajaran kami mendapat kepercayaan pelajar, guru dan ibu bapa dari generasi ke generasi, dan kepercayaan mereka itu mendorong kami untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menyediakan produk yang terbaik.
Kami terus berkembang untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Hari ini, kami berada di barisan hadapan inovasi teknologi untuk mencipta penyelesaian yang dapat memudahkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran abad ke-21. Kami membangunkan teknologi canggih dan mesra pengguna bagi membolehkan pelajar dan guru melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan di samping memanfaatkan inovasi yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Untuk tujuan itu, kami menyediakan permainan pendidikan, aplikasi mudah alih dan platform berasaskan awan (cloud) yang amat sesuai untuk pembelajaran kendiri begitu juga untuk pembelajaran di dalam kelas pada masa depan.
Abad ke-21 menuntut transformasi pendidikan untuk membentuk kemahiran kritis yang diperlukan dalam sektor pekerjaan pada masa akan datang. Calon pekerja perlu memiliki kemahiran yang cemerlang dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi, inovasi, dan kreativiti untuk mendepani cabaran yang mendatang. Pada tahun 2005, Sasbadi telah mengetengahkan alat pembelajaran yang dinamik khusus untuk memperkenalkan kemahiran-kemahiran penting ini kepada para pelajar.
PENDIDIKAN IALAH HAK ASASI MANUSIA SEJAK LAHIR. KAMI BERASA AMAT GEMBIRA KERANA DAPAT MENYUMBANG UNTUK MENJAYAKAN ASPIRASI MULIA INI SEJAK TAHUN 1985; MEMUPUK MODAL INSAN HARI ESOK, HARI INI.
MENGENAI MINDTECH EDUCATION SDN BHD
MindTech ditubuhkan pada Jun 2015 dengan ibu pejabat antarabangsanya terletak di
Petaling Jaya. Syarikat ini diasaskan daripada aspirasi untuk berbicara dengan pelajar,
guru dan ibu bapa; untuk berkomunikasi dengan mereka secara berkesan dan
menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka yang dipacu oleh sentuhan peribadi.
Dengan disokong oleh syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam
dunia pendidikan, MindTech cukup sensitif terhadap keperluan kompleks pelanggan
dan memastikan kualiti produk sentiasa menjadi perkara paling penting dalam senarai
keutamaan kami.
MISI
Untuk mencipta pengalaman pembelajaran abad ke-21 yang mapan, memupuk kemahiran
keusahawanan dalam minda generasi muda, dan melibatkan diri secara aktif dalam
transformasi negara demi masa depan yang lebih cemerlang.
NILAI TERAS
Berpegang Teguh pada Misi dan Visi Kami
- Memanfaatkan Masyarakat dan Membangunkan Negara
- Meraikan Perbezaan dan Inovasi.
- Berani untuk Memasang Impian
VISI
- Menjadi Jenama Pendidikan No. 1Untuk menjadi pilihan utama pelajar, guru, dan ibu bapa pada abad ke-21 dengan
- memanfaatkan kecanggihan ICT bagi memberikan inspirasi kepada pelajar dan
- memberikan impak kepada landskap pendidikan negara.
- Menjadi Platform Pemasaran yang DinamikUntuk berkembang secara berterusan dengan memanfaatkan rangkaian yang kukuh
- bagi menentukan secara tepat serta menyediakan keperluan dan kehendak pasaran
- yang sentiasa berubah-ubah.
- Menyediakan Pertumbuhan LestariUntuk memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dan memudahkan ahli
- kami dalam pertumbuhan peribadi yang berterusan sebagai satu cara untuk
- mencapai kejayaan yang mampan.
PENDIDIKAN IALAH HAK ASASI MANUSIA SEJAK LAHIR. KAMI BERASA AMAT GEMBIRA KERANA DAPAT MENYUMBANG UNTUK MENJAYAKAN ASPIRASI MULIA INI SEJAK TAHUN 1985; MEMUPUK MODAL INSAN HARI ESOK, HARI INI.


